malam tadi mmg mama xleh tido nyenyak, padahal dah telan ubat selsema yang mengantukkan tu. Sebabnya? Afni pun selsema, berkahak..dan dia pun meragam sbb rimas tekak dia berkahak. Mungkin dia nk bernafas pun susah, nk minum susu pun susah, semua serba x kena.
mula2 dia merengek biasa2 jer, golek sana, golek sini. Mama bancuhkan dia susu, dia minum. Pastu dia merengek lagi, kalinih ngis terus kuat2, sambil tu terbatuk2 kecil. Tiba2 terus "uwekkk!!!" ha, amik kau, afni muntah atas katil mama. Ayah yg tadi dah agak2 lelap terus terbangun, angkat kepala afni cepat2 sbb takut dia tertelan muntah sendiri.
aduss...masuk nih dah 3 malam berturut2 mama kena cuci tilam, tukar cadar sbb afni muntah. Masalahnya afni x nak tido kat tilam dia, dia nk menyelit jugak antara mama dgn ayah. Tambah pulak dia x sihat sejak isnin lepas, tu yg asyik muntah je tu. Sian afni..tengah2 malam kena bilas dgn air sbb hbis badan dia kena muntah, smpai rambut dgn telinga pun kena. Dahla selsema, kena mandi lagi tgh2 malam, hbis nk buat mcmana, xkan nak biar dia tido berbau muntah?
sambil mama mandikan afni, ayah tolong mama cuci tilam, terbalikkan tilam dan pasang cadar baru. nasib baik x kena bantal.terhuyung hayang kepala mama kesan ubat selsema tadi. tapi tahan jelah, nk buat mcmana..afni lagi kesian..huhu
kenapa lah afni sgt senang kena demam and selsema eh? harituh demam dah habiskan antibiotik,pastuh bg dia makan vitamin, scotts emulsion lagi..cuma afni x suka makan..susah sgt nk bg dia makan..mcmana nk besar dgn sihat ni..huhu..mama tgk baby org lain sihat, montel jer..baby mama kurus kecik jer..
hmm xpelah, mama akan berusaha lebih lagi untuk jaga afni elok2. Xkisah la badan dia kecik dr orang lain, janji dia sihat,bijak dan ceria mama and ayah dah cukup happy..
Thursday, June 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pasni belajar panggil makngah ngan pakngah ok???...
ReplyDeletexnakk...
ReplyDelete