Wednesday, May 27, 2009

DIARI SEORANG LELAKI - OGOS 1998

18 Ogos 1998

Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku duduk kat UTM nih. Cepat jugak masa berlalu. Kelas pun dah start, dgn sukan kolej yg nk mula dah, dengan program bulan kemerdekaan pekejadah ntah. Haritu baru jer minggu haluan siswa, pastu orientasi kat fakulti pulak, mcm2 hal la kat sini, mcmana nak blaja ni??

Dan dalam masa sebulan lebih ni jugak baru sekali aku tepon mak, tu pun mintak duit. Kalau boleh aku xnak mintak duit depa ni, tapi nak buat mcmana biasiswa lambat plak masuk. Kalau setakat makan tu aku xde hal, tapi nk kena beli bukula, photocopy ntah hapa2 ntah la. Skang ni pulak aku kena support duit minyak kongsi dgn si Abun. Ntah mana dia dapat moto kapchai, konon2 dia dah dapatkan transport so aku kena tuang minyakla. Tapi ok jugak la, at least aku x payah la berebut2 naik bas nak gi kuliah. Apa barang naik bas?? Nak menunggu satu hal, pastu nak terkejar2 berebut lagi, tu belum kena berdiri lagik agak2 20 minit nk sampai fakulti. Nasib baik jugak la kolej aku semua lelaki, kalau ada pompuan mmg aku bertambah malas la nak berebut dengan mereka. Maklumla, mereka kan kaum yang lemah, yang patut dihormati dan dijaga sebaik mungkin..urgh, xkuasa aku nk memikirkan.

Jam kat tgn aku nih sekarang menunjukkan pukul 1.00 tengahari, sharp. Dan aku sedang melanguk kat CP (centre point) ni menunggu si Abun pergi menjemput si Kori dari fakulti Kimia. Antara aku, Abun, Kori dgn Macha kira Kori yang paling pandai sekali. Aggregate dia masa SPM haritu 9. Selepas tuh aku dgn Abun (12), last sekali macha (18). Aku dgn Abun amik civil, Kori amik chemical engineering,si Macha amik Comp science. Kitorg berempat nih kira rakan sekampung, tapi lain2 sekolah. Si Kori budak MRSM, nun jauh kat perlis. Tapi kalau balik cuti mesti lepak dgn kitorang. Si Macha pulak sekolah depan rumah aku jer kat kampung tu. Aku dgn Abun, macam kembar. Dari sekolah rendah sama2, sekolah menengah rendah pun sama, tapi sekolah menengah tinggi aku dapat masuk teknik, dia tinggal la kat sekolah lama aku tu sampai form 5. Dan kebetulan pulak kitorg berempat dapat masuk UTM (sebenarnya sama2 merancang nk lari jauh dr kampung, hehe..). Sebenarnya antara ramai2 makhluk kat kampung tu mmg kitorg berempat jer yang ada tokoh jadi pemuda harapan bangsa..haha. yang lain? Entahla..ada yang berbakat jadi doktor..tapi inject tangan sendiri la..

Tengah aku mengelamun tunggu si dajal dua ekor tu, aku nampak sekumpulan budak pompuan masuk ke area CP tu. Waktu tu pulak mmg waktu lunch, so berbondong2 la manusia masuk ke situ untuk makan tengahari. Selalunya aku xkisah sangat pasal budak pompuan nih, ada xpe xde pun xpe. Tapi tengahari tu tetiba aku rasa mcm nk husya awek pulak. Mungkin sbb aku kebosanan menunggu sorang2 kat situ. Sbb tu mata aku nih tersinggah plak kat salah seorang budak pompuan yang masuk dgn group dia sekejap tadi.

Antara 5 orang, dia sorang x pakai tudung. So of course la dia yang paling menonjol kat situ. Boleh tahan lawa jugak. Nampak gaya macam first year jugak mcm aku. Aku husya jer awek tu. Dia pakai baju kurung,sopan. Tapi masalahnya dia x pakai tudung. Mak aku dah sound awal2 dia nk menantu yg tutup aurat. Macamana ni??

Aku husya baik punya awek tu. Tapi dari jauh je la. Nak suruh aku bangun pegi tegur dia terus? Jangan harap! Aku bukan mat romeo, bukan mat bunga apa lagi mat buaya. Aku bab pompuan nih memang payah sikit, eh bukan sikit banyak jugak la. Berat sgt mulut aku nih nak tegur pompuan. Satu2 nya pompuan yang aku tegur sepanjang sebulan lebih kat UTM nih ialah mak guard. Tu pun sbb dia kerek giler dgn aku, dia tegur aku cakap budak 1st year mana boleh bawak transport? Aku cakap balik kat dia, buku lali aku terseliuh, so pinjam moto senior kejap..huh!

Dengan pompuan2 lain, terutama budak coursemate aku..setakat nih belum ada sorang pun yang aku tegur mahupun yang menegur aku. Xde kepentingan kut. Lagipun aku rasa selesa macam ni, hidup tanpa perempuan. Bukan kata aku nih anti pompuan, xle..aku ada hati jugak, yang penting ada nafsu kat pompuan..tapi buat masa ni aku rasa leceh la kalu aku berkawan dgn pompuan. So baik aku buat hal sendiri dgn kwn2 aku yg dah tentu sekepala dgn aku.

Masa sekolah pun aku jarang la berkawan dgn budak pompuan, tapi aku heran ada jugak budak pompuan yang berani approached aku. Giler ah! Tapi dalam hati tu bangga la jugak. Dalam selekeh dan x hensem aku nih ada jugak pompuan minat. Siap bagi coklat la, bagi dedication la..aku apa lagi, setiap kali dapat benda2 tuh aku akan share satu dorm. Biar padan muka pompuan tu, sapa suruh dia membazir duit bagi kat aku?

Berbalik kepada cerita awek x pakai tudung yang aku husya tadi, dalam pada aku berangan tu tetiba dia dah duduk kat meja depan aku. Gulp! Dia ni macam tau2 jer aku tengah husya dia. Kawan2 dia yang lain sumer pun dah amik tempat duduk masing2. Biasalah, area CP nih memang crowded kalau waktu lunch. Aku tengok awek tadi tu mula la control cun, muka pun dah start merah2 dah. Tapi bila tengok dekat2 memang cun la, kulit bersih, mata besar, rambut lurus hitam keperang2an sikit, kening tebal macam kening arab, hidung sederhana mancung..huh sempat jugak aku scan muka dia.

“Hoi! Husya awek baik punya!!” sergah Kori, tiba-tiba. Nak tercabut jantung aku bila kena sergah dari belakang macam tu. Siut betul budak sekor nih. Malu aku depan awek tu. Nampak sgt aku mmg tengah dok husya dia. Awek tu dah tersipu2, confirm dia dan kawan2 dia dengar apa si Kori jerit kejap tadi. Aku tengok kawan2 dia dah start siku-menyiku antara satu sama lain.

“Cibai lu, dah la lembab mcm siput babi, buat kecoh plak..” aku melepaskan geram kat si Kori. Nak je aku hempuk dia dengan helmet kat atas meja nih. Kori tersengih2, si Abun pun sama.

“Relax la John, tau la lu sangap..nak gua tolong mintakkan no telefon ke? Hahaha“ si Abun pulak menokok tambah. Aku dah la lapar, mendidih pulak tu tunggu diorg berdua, diorang boleh sedap2 mengenakan aku pulak. Memang nak makan selipar diorang ni.
Dalam aku geram2 kat diorg tu sempat jugak aku menjeling kat awek depan aku tadi. Aku tengok dia masih malu2 lagi, sampai nk makan pun macam dah x keruan. Ekelleh..tu la pompuan, baru kena usik sikit dah perasan..nih yang x jadi nak mengurat nih. Nih kalau bebudak dua ekor tuh mintak no telefon, harus dapat on the spot nih.

“ Dah jom makan, lu bayar!“ aku terus bangun menuju ke kaunter lauk tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Perut aku dah mula berkeroncong dangdut nih. Jam dah pukul 1.30, jap lagi kol 2 dah ada kelas lagi. Memang buang masa aku jer budak setan 2 ekor tuh. Hmm, nasib baik lauk ada banyak lagi. Asam pedas, yes my favourite..(aku amik kuah dia jer, ikan pari x mampu nk bayar),lepas tuh cendawan goreng dengan telur dadar. Cukup lah. Air pun minum air kosong jer. Free.

Dah setel amik lauk pauk yang berharga RM2.30,aku terus cakap kat abang cashier tu yg Kori akan bayar bagi pihak aku. Selamba jer aku tunjuk ke arah Kori yang baru terhegeh2 nak amik lauk. Kalau dia xnak bayar aku bakar helmet dia. Lepas tu aku pun terus pusing nk cepat duduk dan makan. Tiba-tiba..

“ Mak!!!”

No comments:

Post a Comment