2 Julai 1998
Hari pertama melangkah ke alam kampus, huh..bangga giler. Xde orang yang lebih bangga drpada lelaki bernama Muhammad Adam Bin Muhammad nih..ingat senang ke nak masuk U? Dahla belaja x berapa nak rajin, keputusan pulak x berapa cemerlang (walaupun pangkat 1 dan aggregate bawah 15-eh kira terrer la jugak). Kira dapat surat tawaran masuk UTM haritu pencapaian terbesar aku la setakat nih. Bukan selalu aku buat mak abah aku bangga selama nih, maklumla anak lelaki bongsu..makan tidur jer kerjanya kat rumah..
3 bulan cuti tunggu result SPM aku asyik berkepit dgn gitar buruk aku ke sana ke mari, bukan nk cari kerja sambilan ke..paling kuat pun aku tolong2 apa yg patut kat kedai runcit pakcik aku, xpun aku tolong jaga anak2 sedara aku masa kakak dan abang aku gi outstation.
Kalau ikutkan harinih aku nak bawak satu beg, dan angkut gitar buruk aku tu ke JB naik moto konvoi dengan Kori,Macha dan Abun. Tapi malangnya mak aku menangis-nangis nak hantar aku ke sini. Siap buat kenduri doa selamat sebelum kami (aku,mak,abah,kak long, abang ngah dan nenek) beramai-ramai membelah highway utara-selatan menuju ke JB. Malu siol..anak lelaki bongsu masuk U, mak abah hantar siap bawak sedara mara sampai 2,3 kereta..mampus aku kena gelak dgn Abun. Abun yelah, dia anak yatim piatu, menumpang kasih dgn makcik dia, so dia datang JB solo jer naik bas. Kori dengan Macha pun mak abah diorang hantar jugak, tapi xdelah angkut satu family. Huh, nak buat mcmana ikut kan je lah..
“Huh buruknya asrama pak su..” tegur Nina, anak buah aku yang paling besar sekali. Eh budak ni, umur baru setahun jagung pandai pulak komplen. Aku mula memerhatikan deretan bangunan kolej sekeliling aku. Hmm, betul jugak budak ni cakap..buruk giler bangunan nih. Nih ke tempat aku nk tidur selama 4 atau 5 tahun seterusnya? Urghh..mak, tolong Adam mak..
„Apa nama kolej kau ni Adam?“ tanya mak. Agaknya dia pun risau tengok keadaan bangunan yang dah berkerak dengan lumut tu. Maklumla selama 18 tahun mak membesarkan aku dalam keadaan yang selesa, rumah teres 4 bilik sederhana besar dengan setiap orang dapat bilik tidur masing-masing (walaupun sebenarnya umur aku 8 tahun baru aku pisah tempat tidur dgn mak).
“Kolej Siswa Desa Skudai mak,“
“ Panjangnya nama, si Abun dengan Macha pun duduk sini ke nanti?“ mak tanya lagi. Risau la tu, confirm.
“Si Abun dagn Kori iyer, si Macha tempat lain..“malas pulak aku nak layan kerisauan mak. Abah macam biasa, tak banyak cakap. Kak Long dengan abg Man sibuk melayan anak kembar diorang. Abang ngah mcm biasa, buat muka berlagak sambil meninjau-ninjau keadaan sekitar. Aku tahu dia mesti nak membandingkan kolej aku dengan kolej swasta dia tu. Aku memang x ngam sikit dgn abang aku yg sorg ni, sbb dari dulu lagi dia suka dengki dengan aku, aku pun tak tau kenapa? Dahla dia suka menyusahkan mak abah aku, elok2 belaja kat UITM dia quit pulak..konon xsesuai dengan jiwa dia..tu yang tercampak kat kolej swasta kat PJ tuh. Dah la yuran sikit punya mahal, kopak mak abah nak membayarnya. Nasib baik mak abah kerja lagi. Tapi abah dah nak bersara tahun depan, sapa plak nak sara aku? Nenek? Hehe, boleh jugak, aku cucu kesayangan nenek. Dari dulu sampai sekarang nenek xpernah lupa bagi aku duit raya. Paling sikit nenek akan bagi RM10. Paling banyak x usah cakap la, RM100 , 200 tu dah biasa dah..haha
Ni masa dapat tahu aku dapat masuk UTM nih nenek awal2 dah bagitau
“Mah, kalau x cukup duit bayar sekolah si Adam aku boleh bagi..kebun yang kat Jeram tuh banyak buah dier..” kata nenek, merujuk kepada kebun kelapa sawit peninggalan arwah atuk yang dah dipajakkan kat Pak Lang kat kampung. Selamba nenek jer bagitau orang yang dia tu banyak duit. Abang ngah aku tu kalu dengar harus tarik muka 44. Dahla adik beradik abah yang lain semua perempuan, abah dengan paklang jer lelaki, and abah anak sulung, dah tentu kebun tu nanti akan diwarisi oleh abah. Oleh sebab kak long dah kawin dgn anak orang kaya, so dia x kisah sgt la. Tinggal lagi abang ngah aku yang x sedar diri tu. Aku rasa aku tau kenapa dia dengki sgt dgn aku, dia takut semua harta nenek akan jatuh ke tangan aku satu hari nanti. Aku rasa lah..
“Masak la ko duduk sini, jangan seminggu je nak balik sudah la“ celah Abang ngah tiba2. Tengok..? Betul tak aku cakap? Dia memang xpernah bagi semangat kat aku. Tau dia nk condemn aku jer. Aku malas nak layan dia, baik aku buat dunno jer. Makin aku lawan kang makin galak dia condemn aku. Sebab tu la aku pilih UTM untuk lima2 pilihan masa isi borang UPU. Aku memang nak duduk jauh2 dari dia, aku malas nak mengadap muka dia. Dulu aku ingat lagi mak sampai menangis2 sbb aku gaduh dgn abang ngah masa kenduri kawin kak long. Kalau boleh aku xnak la benda tu jadi lagi, aku xnk buat mak menangis lagi, so baik aku jauhkan diri dari mangkuk ayun tu.
So cukupla kot citer pasal dia. Kak Long aku ok, sempoi..kalau aku xde duit aku boleh pau dia..maklumla dia kawin dgn anak Dato’,dah rezeki dan jodoh dia. Yelah, kak long aku tuh boleh kata cun la, pandai pulak tu, belaja oversea..tu yang boleh jumpa abg Man tu, belum sempat habis blaja lagi dah sibuk nak kawin. Si Nina anak diorg yang sulung tu lahir kat Australia la tu, skang umur pun dah masuk 7 tahun, dah sekolah darjah 1. Nasib baik pandai cakap melayu.. Lepas tuh 2 tahun lepas kak long dgn abg Man dapat plak anak kembar lelaki yang dinamakan Faris dgn Farhan.
Kesimpulannya, semua ahli keluarga aku ada pada hari yang bersejarah ni. Walaupun mula2 aku malu sbb diorg semua hantar aku, tapi jauh kat hati kecil aku, aku rasa terharu sbb diorg sudi luangkan masa nak kongsi kegembiraan aku dapat masuk U (walaupun belum tentu aku grad dgn jayanya). Nenek yang sakit2 kaki bertongkat pun nak ikut jugak. Huhu, mmg terharu tapi xde la sampai nak menangis masa depa nak balik. Aku bukan budak kecik lagi, aku dah 18 tahun beb. Tapi aku ingatla pesanan2 diorg sebelum balik..
“ Belaja elok2, jangan lupa sembahyang..” pesan abah. Pendek tapi jelas, macam biasa.
“ Belaja rajin2, mana tau bleh sambung master kat oversea..” pesan Abg Man. Ler, aku baru nak start degree dia dah ckp pasal master?
“ Dam, study smart, cari awek cun-cun sikit..” pesan kak long pulak sambil tersengih2. Ni lagi sorang. Apa kes bagi pesanan sedemikian rupa? Ingat aku masuk U ni nak cari awek cun ke?
“Bro, chow” kata Abang Ngah. Tu je pesanan kau? Huh memang hampeh.
“Adam, kalau xde duit telefon abah kau, kalau abah xde duit nanti abah mintak dengan nenek, duit yang ada tu jimat2 sikit, jangan habis ke rokok je..bibir kau tu dah naik biru dah..“ pesan nenek pulak. Aduss..nenek ni pun satu, jgnla sebut bab rokok depan mak abah..bocor rahsia aku.
“Ha, Adam. Dengar tu apa nenek pesan. Berenti merokok tu sebelum ketagih. Kang blaja kemana,sakit plak datang. Belaja betul2, buat sehabis baik, pointer bagi cemerlang, baru boleh keje bagus. Jangan nak berangan cari makwe pulak. Jangan nak merewang sana sini, jangan ponteng kelas..bla..bla..bla...“ pesan mak pulak. Panjang giler syarahan mak sampai aku dah xboleh ingat apa dia pesan. Aku cuma angguk2 jer dgn harapan mak akan berenti bercakap.
Lepas habis sessi pesanan dan syarahan, mereka semua berangkat pulang, meninggalkan aku di kolej baru yang agak usang, untuk aku memulakan perjuangan sebagai mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia..owh, aku amik course apa? Aku amik course engineering yang aku rasa paling senang la- Civil Engineering. Walaupun aku rasa lega sbb family aku dah berangkat pulang, tapi dalam hati ada rasa berdebar2 jugak. Boleh ke aku blaja dgn baik ni? Boleh ke aku grad nanti? Apa yang menanti utk aku esok hari?
Tiba-tiba rasa keseorangan pulak..huuu..xpe2, nanti aku cari Kori dan Abun. Ada budak berdua tuh dunia aku dah x sunyi lagi dah..hmm lega..
-adam-
Tuesday, May 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment