Wednesday, May 27, 2009

DIARI SEORANG LELAKI - OGOS 1998

18 Ogos 1998

Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku duduk kat UTM nih. Cepat jugak masa berlalu. Kelas pun dah start, dgn sukan kolej yg nk mula dah, dengan program bulan kemerdekaan pekejadah ntah. Haritu baru jer minggu haluan siswa, pastu orientasi kat fakulti pulak, mcm2 hal la kat sini, mcmana nak blaja ni??

Dan dalam masa sebulan lebih ni jugak baru sekali aku tepon mak, tu pun mintak duit. Kalau boleh aku xnak mintak duit depa ni, tapi nak buat mcmana biasiswa lambat plak masuk. Kalau setakat makan tu aku xde hal, tapi nk kena beli bukula, photocopy ntah hapa2 ntah la. Skang ni pulak aku kena support duit minyak kongsi dgn si Abun. Ntah mana dia dapat moto kapchai, konon2 dia dah dapatkan transport so aku kena tuang minyakla. Tapi ok jugak la, at least aku x payah la berebut2 naik bas nak gi kuliah. Apa barang naik bas?? Nak menunggu satu hal, pastu nak terkejar2 berebut lagi, tu belum kena berdiri lagik agak2 20 minit nk sampai fakulti. Nasib baik jugak la kolej aku semua lelaki, kalau ada pompuan mmg aku bertambah malas la nak berebut dengan mereka. Maklumla, mereka kan kaum yang lemah, yang patut dihormati dan dijaga sebaik mungkin..urgh, xkuasa aku nk memikirkan.

Jam kat tgn aku nih sekarang menunjukkan pukul 1.00 tengahari, sharp. Dan aku sedang melanguk kat CP (centre point) ni menunggu si Abun pergi menjemput si Kori dari fakulti Kimia. Antara aku, Abun, Kori dgn Macha kira Kori yang paling pandai sekali. Aggregate dia masa SPM haritu 9. Selepas tuh aku dgn Abun (12), last sekali macha (18). Aku dgn Abun amik civil, Kori amik chemical engineering,si Macha amik Comp science. Kitorg berempat nih kira rakan sekampung, tapi lain2 sekolah. Si Kori budak MRSM, nun jauh kat perlis. Tapi kalau balik cuti mesti lepak dgn kitorang. Si Macha pulak sekolah depan rumah aku jer kat kampung tu. Aku dgn Abun, macam kembar. Dari sekolah rendah sama2, sekolah menengah rendah pun sama, tapi sekolah menengah tinggi aku dapat masuk teknik, dia tinggal la kat sekolah lama aku tu sampai form 5. Dan kebetulan pulak kitorg berempat dapat masuk UTM (sebenarnya sama2 merancang nk lari jauh dr kampung, hehe..). Sebenarnya antara ramai2 makhluk kat kampung tu mmg kitorg berempat jer yang ada tokoh jadi pemuda harapan bangsa..haha. yang lain? Entahla..ada yang berbakat jadi doktor..tapi inject tangan sendiri la..

Tengah aku mengelamun tunggu si dajal dua ekor tu, aku nampak sekumpulan budak pompuan masuk ke area CP tu. Waktu tu pulak mmg waktu lunch, so berbondong2 la manusia masuk ke situ untuk makan tengahari. Selalunya aku xkisah sangat pasal budak pompuan nih, ada xpe xde pun xpe. Tapi tengahari tu tetiba aku rasa mcm nk husya awek pulak. Mungkin sbb aku kebosanan menunggu sorang2 kat situ. Sbb tu mata aku nih tersinggah plak kat salah seorang budak pompuan yang masuk dgn group dia sekejap tadi.

Antara 5 orang, dia sorang x pakai tudung. So of course la dia yang paling menonjol kat situ. Boleh tahan lawa jugak. Nampak gaya macam first year jugak mcm aku. Aku husya jer awek tu. Dia pakai baju kurung,sopan. Tapi masalahnya dia x pakai tudung. Mak aku dah sound awal2 dia nk menantu yg tutup aurat. Macamana ni??

Aku husya baik punya awek tu. Tapi dari jauh je la. Nak suruh aku bangun pegi tegur dia terus? Jangan harap! Aku bukan mat romeo, bukan mat bunga apa lagi mat buaya. Aku bab pompuan nih memang payah sikit, eh bukan sikit banyak jugak la. Berat sgt mulut aku nih nak tegur pompuan. Satu2 nya pompuan yang aku tegur sepanjang sebulan lebih kat UTM nih ialah mak guard. Tu pun sbb dia kerek giler dgn aku, dia tegur aku cakap budak 1st year mana boleh bawak transport? Aku cakap balik kat dia, buku lali aku terseliuh, so pinjam moto senior kejap..huh!

Dengan pompuan2 lain, terutama budak coursemate aku..setakat nih belum ada sorang pun yang aku tegur mahupun yang menegur aku. Xde kepentingan kut. Lagipun aku rasa selesa macam ni, hidup tanpa perempuan. Bukan kata aku nih anti pompuan, xle..aku ada hati jugak, yang penting ada nafsu kat pompuan..tapi buat masa ni aku rasa leceh la kalu aku berkawan dgn pompuan. So baik aku buat hal sendiri dgn kwn2 aku yg dah tentu sekepala dgn aku.

Masa sekolah pun aku jarang la berkawan dgn budak pompuan, tapi aku heran ada jugak budak pompuan yang berani approached aku. Giler ah! Tapi dalam hati tu bangga la jugak. Dalam selekeh dan x hensem aku nih ada jugak pompuan minat. Siap bagi coklat la, bagi dedication la..aku apa lagi, setiap kali dapat benda2 tuh aku akan share satu dorm. Biar padan muka pompuan tu, sapa suruh dia membazir duit bagi kat aku?

Berbalik kepada cerita awek x pakai tudung yang aku husya tadi, dalam pada aku berangan tu tetiba dia dah duduk kat meja depan aku. Gulp! Dia ni macam tau2 jer aku tengah husya dia. Kawan2 dia yang lain sumer pun dah amik tempat duduk masing2. Biasalah, area CP nih memang crowded kalau waktu lunch. Aku tengok awek tadi tu mula la control cun, muka pun dah start merah2 dah. Tapi bila tengok dekat2 memang cun la, kulit bersih, mata besar, rambut lurus hitam keperang2an sikit, kening tebal macam kening arab, hidung sederhana mancung..huh sempat jugak aku scan muka dia.

“Hoi! Husya awek baik punya!!” sergah Kori, tiba-tiba. Nak tercabut jantung aku bila kena sergah dari belakang macam tu. Siut betul budak sekor nih. Malu aku depan awek tu. Nampak sgt aku mmg tengah dok husya dia. Awek tu dah tersipu2, confirm dia dan kawan2 dia dengar apa si Kori jerit kejap tadi. Aku tengok kawan2 dia dah start siku-menyiku antara satu sama lain.

“Cibai lu, dah la lembab mcm siput babi, buat kecoh plak..” aku melepaskan geram kat si Kori. Nak je aku hempuk dia dengan helmet kat atas meja nih. Kori tersengih2, si Abun pun sama.

“Relax la John, tau la lu sangap..nak gua tolong mintakkan no telefon ke? Hahaha“ si Abun pulak menokok tambah. Aku dah la lapar, mendidih pulak tu tunggu diorg berdua, diorang boleh sedap2 mengenakan aku pulak. Memang nak makan selipar diorang ni.
Dalam aku geram2 kat diorg tu sempat jugak aku menjeling kat awek depan aku tadi. Aku tengok dia masih malu2 lagi, sampai nk makan pun macam dah x keruan. Ekelleh..tu la pompuan, baru kena usik sikit dah perasan..nih yang x jadi nak mengurat nih. Nih kalau bebudak dua ekor tuh mintak no telefon, harus dapat on the spot nih.

“ Dah jom makan, lu bayar!“ aku terus bangun menuju ke kaunter lauk tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Perut aku dah mula berkeroncong dangdut nih. Jam dah pukul 1.30, jap lagi kol 2 dah ada kelas lagi. Memang buang masa aku jer budak setan 2 ekor tuh. Hmm, nasib baik lauk ada banyak lagi. Asam pedas, yes my favourite..(aku amik kuah dia jer, ikan pari x mampu nk bayar),lepas tuh cendawan goreng dengan telur dadar. Cukup lah. Air pun minum air kosong jer. Free.

Dah setel amik lauk pauk yang berharga RM2.30,aku terus cakap kat abang cashier tu yg Kori akan bayar bagi pihak aku. Selamba jer aku tunjuk ke arah Kori yang baru terhegeh2 nak amik lauk. Kalau dia xnak bayar aku bakar helmet dia. Lepas tu aku pun terus pusing nk cepat duduk dan makan. Tiba-tiba..

“ Mak!!!”

Tuesday, May 26, 2009

DIARI SEORANG LELAKI -julai 1998

2 Julai 1998

Hari pertama melangkah ke alam kampus, huh..bangga giler. Xde orang yang lebih bangga drpada lelaki bernama Muhammad Adam Bin Muhammad nih..ingat senang ke nak masuk U? Dahla belaja x berapa nak rajin, keputusan pulak x berapa cemerlang (walaupun pangkat 1 dan aggregate bawah 15-eh kira terrer la jugak). Kira dapat surat tawaran masuk UTM haritu pencapaian terbesar aku la setakat nih. Bukan selalu aku buat mak abah aku bangga selama nih, maklumla anak lelaki bongsu..makan tidur jer kerjanya kat rumah..
3 bulan cuti tunggu result SPM aku asyik berkepit dgn gitar buruk aku ke sana ke mari, bukan nk cari kerja sambilan ke..paling kuat pun aku tolong2 apa yg patut kat kedai runcit pakcik aku, xpun aku tolong jaga anak2 sedara aku masa kakak dan abang aku gi outstation.

Kalau ikutkan harinih aku nak bawak satu beg, dan angkut gitar buruk aku tu ke JB naik moto konvoi dengan Kori,Macha dan Abun. Tapi malangnya mak aku menangis-nangis nak hantar aku ke sini. Siap buat kenduri doa selamat sebelum kami (aku,mak,abah,kak long, abang ngah dan nenek) beramai-ramai membelah highway utara-selatan menuju ke JB. Malu siol..anak lelaki bongsu masuk U, mak abah hantar siap bawak sedara mara sampai 2,3 kereta..mampus aku kena gelak dgn Abun. Abun yelah, dia anak yatim piatu, menumpang kasih dgn makcik dia, so dia datang JB solo jer naik bas. Kori dengan Macha pun mak abah diorang hantar jugak, tapi xdelah angkut satu family. Huh, nak buat mcmana ikut kan je lah..

“Huh buruknya asrama pak su..” tegur Nina, anak buah aku yang paling besar sekali. Eh budak ni, umur baru setahun jagung pandai pulak komplen. Aku mula memerhatikan deretan bangunan kolej sekeliling aku. Hmm, betul jugak budak ni cakap..buruk giler bangunan nih. Nih ke tempat aku nk tidur selama 4 atau 5 tahun seterusnya? Urghh..mak, tolong Adam mak..

„Apa nama kolej kau ni Adam?“ tanya mak. Agaknya dia pun risau tengok keadaan bangunan yang dah berkerak dengan lumut tu. Maklumla selama 18 tahun mak membesarkan aku dalam keadaan yang selesa, rumah teres 4 bilik sederhana besar dengan setiap orang dapat bilik tidur masing-masing (walaupun sebenarnya umur aku 8 tahun baru aku pisah tempat tidur dgn mak).

“Kolej Siswa Desa Skudai mak,“

“ Panjangnya nama, si Abun dengan Macha pun duduk sini ke nanti?“ mak tanya lagi. Risau la tu, confirm.

“Si Abun dagn Kori iyer, si Macha tempat lain..“malas pulak aku nak layan kerisauan mak. Abah macam biasa, tak banyak cakap. Kak Long dengan abg Man sibuk melayan anak kembar diorang. Abang ngah mcm biasa, buat muka berlagak sambil meninjau-ninjau keadaan sekitar. Aku tahu dia mesti nak membandingkan kolej aku dengan kolej swasta dia tu. Aku memang x ngam sikit dgn abang aku yg sorg ni, sbb dari dulu lagi dia suka dengki dengan aku, aku pun tak tau kenapa? Dahla dia suka menyusahkan mak abah aku, elok2 belaja kat UITM dia quit pulak..konon xsesuai dengan jiwa dia..tu yang tercampak kat kolej swasta kat PJ tuh. Dah la yuran sikit punya mahal, kopak mak abah nak membayarnya. Nasib baik mak abah kerja lagi. Tapi abah dah nak bersara tahun depan, sapa plak nak sara aku? Nenek? Hehe, boleh jugak, aku cucu kesayangan nenek. Dari dulu sampai sekarang nenek xpernah lupa bagi aku duit raya. Paling sikit nenek akan bagi RM10. Paling banyak x usah cakap la, RM100 , 200 tu dah biasa dah..haha

Ni masa dapat tahu aku dapat masuk UTM nih nenek awal2 dah bagitau

“Mah, kalau x cukup duit bayar sekolah si Adam aku boleh bagi..kebun yang kat Jeram tuh banyak buah dier..” kata nenek, merujuk kepada kebun kelapa sawit peninggalan arwah atuk yang dah dipajakkan kat Pak Lang kat kampung. Selamba nenek jer bagitau orang yang dia tu banyak duit. Abang ngah aku tu kalu dengar harus tarik muka 44. Dahla adik beradik abah yang lain semua perempuan, abah dengan paklang jer lelaki, and abah anak sulung, dah tentu kebun tu nanti akan diwarisi oleh abah. Oleh sebab kak long dah kawin dgn anak orang kaya, so dia x kisah sgt la. Tinggal lagi abang ngah aku yang x sedar diri tu. Aku rasa aku tau kenapa dia dengki sgt dgn aku, dia takut semua harta nenek akan jatuh ke tangan aku satu hari nanti. Aku rasa lah..

“Masak la ko duduk sini, jangan seminggu je nak balik sudah la“ celah Abang ngah tiba2. Tengok..? Betul tak aku cakap? Dia memang xpernah bagi semangat kat aku. Tau dia nk condemn aku jer. Aku malas nak layan dia, baik aku buat dunno jer. Makin aku lawan kang makin galak dia condemn aku. Sebab tu la aku pilih UTM untuk lima2 pilihan masa isi borang UPU. Aku memang nak duduk jauh2 dari dia, aku malas nak mengadap muka dia. Dulu aku ingat lagi mak sampai menangis2 sbb aku gaduh dgn abang ngah masa kenduri kawin kak long. Kalau boleh aku xnak la benda tu jadi lagi, aku xnk buat mak menangis lagi, so baik aku jauhkan diri dari mangkuk ayun tu.

So cukupla kot citer pasal dia. Kak Long aku ok, sempoi..kalau aku xde duit aku boleh pau dia..maklumla dia kawin dgn anak Dato’,dah rezeki dan jodoh dia. Yelah, kak long aku tuh boleh kata cun la, pandai pulak tu, belaja oversea..tu yang boleh jumpa abg Man tu, belum sempat habis blaja lagi dah sibuk nak kawin. Si Nina anak diorg yang sulung tu lahir kat Australia la tu, skang umur pun dah masuk 7 tahun, dah sekolah darjah 1. Nasib baik pandai cakap melayu.. Lepas tuh 2 tahun lepas kak long dgn abg Man dapat plak anak kembar lelaki yang dinamakan Faris dgn Farhan.

Kesimpulannya, semua ahli keluarga aku ada pada hari yang bersejarah ni. Walaupun mula2 aku malu sbb diorg semua hantar aku, tapi jauh kat hati kecil aku, aku rasa terharu sbb diorg sudi luangkan masa nak kongsi kegembiraan aku dapat masuk U (walaupun belum tentu aku grad dgn jayanya). Nenek yang sakit2 kaki bertongkat pun nak ikut jugak. Huhu, mmg terharu tapi xde la sampai nak menangis masa depa nak balik. Aku bukan budak kecik lagi, aku dah 18 tahun beb. Tapi aku ingatla pesanan2 diorg sebelum balik..

“ Belaja elok2, jangan lupa sembahyang..” pesan abah. Pendek tapi jelas, macam biasa.

“ Belaja rajin2, mana tau bleh sambung master kat oversea..” pesan Abg Man. Ler, aku baru nak start degree dia dah ckp pasal master?

“ Dam, study smart, cari awek cun-cun sikit..” pesan kak long pulak sambil tersengih2. Ni lagi sorang. Apa kes bagi pesanan sedemikian rupa? Ingat aku masuk U ni nak cari awek cun ke?

“Bro, chow” kata Abang Ngah. Tu je pesanan kau? Huh memang hampeh.

“Adam, kalau xde duit telefon abah kau, kalau abah xde duit nanti abah mintak dengan nenek, duit yang ada tu jimat2 sikit, jangan habis ke rokok je..bibir kau tu dah naik biru dah..“ pesan nenek pulak. Aduss..nenek ni pun satu, jgnla sebut bab rokok depan mak abah..bocor rahsia aku.

“Ha, Adam. Dengar tu apa nenek pesan. Berenti merokok tu sebelum ketagih. Kang blaja kemana,sakit plak datang. Belaja betul2, buat sehabis baik, pointer bagi cemerlang, baru boleh keje bagus. Jangan nak berangan cari makwe pulak. Jangan nak merewang sana sini, jangan ponteng kelas..bla..bla..bla...“ pesan mak pulak. Panjang giler syarahan mak sampai aku dah xboleh ingat apa dia pesan. Aku cuma angguk2 jer dgn harapan mak akan berenti bercakap.

Lepas habis sessi pesanan dan syarahan, mereka semua berangkat pulang, meninggalkan aku di kolej baru yang agak usang, untuk aku memulakan perjuangan sebagai mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia..owh, aku amik course apa? Aku amik course engineering yang aku rasa paling senang la- Civil Engineering. Walaupun aku rasa lega sbb family aku dah berangkat pulang, tapi dalam hati ada rasa berdebar2 jugak. Boleh ke aku blaja dgn baik ni? Boleh ke aku grad nanti? Apa yang menanti utk aku esok hari?

Tiba-tiba rasa keseorangan pulak..huuu..xpe2, nanti aku cari Kori dan Abun. Ada budak berdua tuh dunia aku dah x sunyi lagi dah..hmm lega..



-adam-

ustaz vs artis?

hmm..xtau mcmana nk cakap..tapi terbaca dalam Harian Metro semalam pasal pergolakan rumah tangga antara ustaz A dengan isterinya, kesian si isteri yang setia tu..tak pasal2 dia terkena tempias dek populariti suaminya yg bergelar ikon sebuah stesen TV swasta..

saya tak paham la kenapa mereka sanggup buat mcm tu? dgn imej yg dipaparkan oleh kedua2 pihak, mereka sepatutnya lebih arif menjaga peribadi mereka drpd fitnah, tapi nmpaknya mereka yg membenarkan dan mengundang fitnah itu datang kepada mereka..

mungkin pihak akhbar yg suka mengembar-gemburkan cerita untuk menjadikannya lebih sensasi dan kontroversi, tapi bila mendengar kenyataan si isteri, timbul persoalan di hati.."siapa yang bercakap benar sekarang?" xkanlah seorg isteri sanggup nk memburuk2kan suami sendiri dgn membuka pekung di dada akhbar, tapi cuba fahami perasaan beliau, suaminya digossipkan dgn seorg artis yang bertudung litup, dgn bukti beberapa keping gambar, dan suaminya sendiri tidak pernah memberikan penjelasan kepadanya. adilkah itu?

yang membuatkan saya lebih terkejut, si isteri mengakui yang si suami ada meminta izin untuk beliau bernikah dgn si pihak ketiga,walhal dalam sidang akhbar mereka bermati-matian menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa..mcmana tu? kita pun susah nk percaya kalau2 si ustaz bercakap bohong..

pendapat saya, tak salah kalau si ustaz nk bernikah dua, sbb dgn ilmu agamanya insyaAllah beliau mampu bersikap adil, tapi cara mereka tu tak kena..kalau awal2 lagi mereka mengaku ada hubungan dan cepat2 bernikah mesti xde fitnah yg melanda..ni siap tgk wayang la, lepak tepi pantai la, apa perasaan seorg isteri agaknya bila tgk gambar2 tu semua kat akhbar? apa nk jawab dgn saudara mara? dgn jiran sekeliling? si isteri dgn redha dah bgtau dia izinkan si suami kalau nk bernikah lain, tapi si suami mengambil pendekatan berbeza, main tarik tali dgn media tanpa mempedulikan kesan perbuatannya kepada isteri dan anak2beliau..

sungguh kesian..maafla, tapi saya rasa dah kurang sikit rasa hormat saya kepada mereka berdua itu..dan rasa mcm xnak tgk lagi rancangan itu di Astro OAsis..huhu

Monday, May 25, 2009

testing testing

testing testing

huhu, finally i've created my own blog..senang jer rupanya..
i dont know why i wanna have one, maybe it's the trend now..everybody have their own, and i want to have mine too!
not really sure what im gonna write in here, maybe my daily routine, maybe my thoughts of the day, maybe my anger, my happiness.. or some old stories i wanna share with the readers..(ada readers ke??)

xpe2, later i will perah my otak to get some ideas for blogging. susah2 sgt letak jer few pictures, and comment sikit2..ok jugak tuh..