Friday, July 31, 2009

afni's latest update..(for ateh and makmuk)

here's latest update pasal Afni :
1) she's now 1 year 8 months. tapi berat x tambah2..masih lagi 8kg++...ringan kan? mmg ikut mama,slim dr kecik sampai besar..haha



2) sgt suka membebel,dan menjerit..dan dah pandai merajuk..lepas tu kalau mama marah, dia lari nangis kat ayh..tapi sambil nangis sambil tgk mama..dgn harapan mama akan pujuk dia..mcm tu jugak sebaliknya kalau ayah marah..(huhu, bukan suka2 nk marah pun, tapi notty sgt..mcm2 dia buat sampai rumah dah x rupa rumah lagi dah..)



3) masih suka dan gilakan cerita dan kartun upin ipin. In fact kalau nampak gambar upin ipin kat mana2, dia akan menjerit mcm org kena histeria..urghh tolongla



4) dia dah stast nk bercerita kalau dgr org berborak. Lagi2 dlm keter,kalau ayah tgh drive, mama dok sebelah dia dok belakang,mama dgn ayah tgh borak nih, nnt tetiba jer dia menyampuk dr belakang "mama? ayah? ni,tu..bla..bla..bla..."dgn bahasa yg agak sukar utk mama tafsirkan..



5) suka sgt bila di bwk ke park, jalan2 lepas bebas..dia akn berjogging tanpa henti dan melulu terus x patah2 balik langsung..mama dgn ayah yg penat nak mengejar. kalau ada ateh dgn makmuk xpe jugak (tgk jelah mcmana dia membelah laluan antara gulungan2 kain kat jekel itu hari?)




6) pandai sgt berposing..ni pun ikut mama jugak..ayah x pandai posing..kalu amik gambar ayah mesti tido,kan? hehe



7) dah pandai ikut kalu mama and ayah ajar ABC..tapi dia lagi suka ayah ajar drpd mama..kalau ayah amik buku panggil dia, cepat je dia dtg. kalau mama panggil..dia buat x tau jer..huh. yang x tahan tu kalau ajar mengira, kita baru ckp one,dia dah sebut two, kita ckp three dia sebut four,kdg2 ten terus..advance tol la anak mama nihs..




8) dah pandai berus gigi..tapi yg x tahannya,dia leh berus dinding bilik air dulu baru berus gigi dia..urghhh...9dia bukan nak pun kalau mama nk beruskan gigi dia,sumer nak buat sendiri..)




9)perkembangan lain2, sila rujuk gambar...:



tengokla, model in the making...



naik motor dgn ayah kat kampung..siap lentuk lagi


betapa bersungguh2nya afni berjgging




cheeky,sangat2...









hidung mana? nihs...


tgk la tuh,posing maut dia tuh..






















Monday, July 20, 2009

Afni ada peminat..


Eii...Afni buat apa tu?? Depan orang tua2 buat mcm tu pulak?? Afni?? Hey boy, take your hand off of my daughter!!!
Kejadian ni berlaku kat depan mata mama, depan mata kepala atuk and nenek, and atuk sedara nenek sedara and maksu. Ayah jer xde masa kejadian nih sbb ayah kena keje. Kalau ayah ada, mama x taulah mcmana reaksi ayah. mau kena penumbuk kot budak lelaki tuh..huhu
Hehe, jgn panik..budak lelaki tu sebenarnya baru umur 3 tahun..dia minat sgt kat Afni, sbb dia tunggal and xde adik..dr mula2 Afni dtg dia intai2 la..panggil2 la..pastu dia keluarkan semua mainan dia sbb nk tarik perhatian Afni..dia nk ajak Afni main sama2..
mula2 afni kerek gak, malu agaknya, lama2 bila mamat tuh dah keluarkan bola la, pistol la, mula la afni rapat2..(hisy senang betul anak dara mama nih kena ngurat) pastu kebetulan maksu pasang video upin-ipin dlm hp, afni pun apa lagi..dia pun nk tunjuk la yg dia pun ada mainan best..dia pun dtg dekat mamat tu, tunjuk video upin-ipin dia..tu yg jadi aksi mcm kat atas tu. yang mamat tu pulak mula2 tgk jauh2, pastu dtg dekat,dekat..pastu lama2 rapat terus peluk Afni. Cess..anak sapa la nih, haha..sib baik budak kecik, and nasib baik budak tu comey and hormat org tua (masa aku dtg dia salam cium tgn..) kalau x..harus kena cubit dgn aku..haha
Afni, dah besar nnt jgn buat mcm tu ok? kalau ada lelaki nk peluk camtu, afni terajang terus dia punya "tooot" tau, jgn kesian2..
pastu lagi satu, dah besar nnt jgn pakai skirt pendek camtu..tutup aurat, paham?
hehe, Afni..afni..rasa mcm x sanggup jer nk biarkan afni membesar jadi anak dara di zaman yg sgt mencabar skang nih..huhuhu

Thursday, July 9, 2009

saja-saja









tengok hubby nih..asal amik gambar jer pejam mata..aparaa..tak tahu kenapa tapi masa kawin dulu pun mcm ni, byk gak la gambar dia yg tertido..tido atas pelamin pun byk..geram betul..padahal sebelum majlis tu dah pesan awal2.."syg kalau pejam mata atas pelamin nnt xnak bg masuk bilik.." haha, tapi x berkesan, dia pejam mata jugak!





yang nih gambar sebelum makan dinner kat Tarbush Sunway Pyramid. Mula2 plan nak makan kat Tony Roma's, tapi x jadi sbb dah biasa sgt mkn western2 nih..so ingat nk try middle east punya mknan pulak. waiter kat restoran tu yang offer nk amikkan gambar kitorg, agaknya dia ingat kitorg baru kawen kot..pakai baju sama, pastu ala-ala gitu2..hehe



nih salah satu menu faveret..meat hummous..makan dgn roti lubnan panas2..yum yum..rasa nak pegi makan je lagi sekali..haritu masa honeymoon kat langkawi dulu pun kitorg mkn benda nih kat restoran telaga..sedap!














yang kat atas tu lamb lasagne, sebelah dia platter apa ntah nama menu x ingat tapi ada beef, ada chicken,ada lamb..sedap..
pastuh nasi beriani dia pun sedap jugak..lebih sedap dr nasi beriani gam johor..huhu
rasa mcm bulan depan nk dtg, nk try menu lain pulak..boleh gitu?

Wednesday, July 8, 2009

today is my birthday..yg ke? rahsia..hehe

well, today is my birthday..so, what the hell im doing in the office today?? urghh..

terpaksa datang keje la weyy..nak buat mcmana..mcm2 hal nk kena settle by today, sbb baru jer closing financial year..ntah mcmana la bonus tahun nih, ntah dpt ntah tidak..kalu dapat pun ntah2 ciput jer..nak buat mcmana, terima sajalah..masih ada kerja nih pun Alhamdulillah..at least ada duit nk bayar keter, duit anak and duit shopping2 sket..

so, in my last entry, i've listed few items i want for my birthday. U know what i got from my hubby?

1. Birthday wish

2. A bouquet of 3 red roses (haha, takut kena marah la tu)

3. A whole day-out with him, just me and him (Afni tinggal umah nenek dgn Ateh dia)
Gi makan lunch, jalan2, main bowling, ice skating, tengok wayang jer x sempat and sempoi dinner kat Tarbush (new experience of Labenese Cuisine- not bad, sedap la jugak..)

ingat nk tanya jugak, mana hadiah? tapi terlupa..haritu yang gi beli beg kat singapore tu siapa yg bayar? oops..hubby jugekk..ok lah, kira hadiah birthday la tu walaupun aku yang gi beli sendiri..huhu

so, dah berusia 29 tahun ni (alamak, terpecah rahsia pulak..), apa yang aku harapkan cuma kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang murah, kebahagiaan dunia dan akhirat di samping family dan rakan2 seperjuangan..kalau ada rezeki nk jugak tambah ahli keluarga..Afni nak adik?? haha..

hmm, ingat mcm nk cuti2 malaysia la mggu depan..nk gi mana ek? boring la keje minggu nih, mmg stress sikit..so nk unwind kejap..lagi satu sepatutnya minggu nih gi langkawi, ada conference..tapi tetiba x jadi pulak..org lain sumer pegi, aku jer sorang x pegi..huhu..sungguh x adil..(tapi aku x jadi pegi sbb memikirkan Afni, susah plak nak angkut dia sekali,sbb hubby xleh cuti, nak tinggal dia x sampai hati pulak sbb makcik2 dia sumer dah balik U..xde org nk jaga dia..)

hmm..below are some snaps masa dating dgn hubby untuk pre-birthday celebration. Actual celebration? perlu ke? selalu sambut kat opis je, kongsi duit beli kek dgn Syed Said (my boss-his bday is 7th july) then mkn ramai2 satu ofis. tiap2 tahun diorg takkan lupa birthday kami sbb selalu kami jer nk blanja diorg kek..kan en said kan??

ok enuff blogging, need to continue work pulak..huhuhu

Wednesday, July 1, 2009

apa nk jadi..

apa nk jadi dgn dunia skang..pagi2 tadi terdatang awal gi keje,so singgah petronas jap beli paper, lepak dlm keter baca kejap sementara tunggu kol 8.00.
sementara baca paper tuh kepala sambil geleng2, sambil berkerut2 membaca berita yang dihidangkan hari ini. antara berita semasa yang menarik perhatian aku hari ini ialah:

1) siswi UTM meninggal dunia semasa melahirkan anak luar nikah di dalam bilik di sebuah kolej

2) seorang isteri kena heret dek suami kat mahkamah semasa membuat urusan untuk memohon cerai

3) seorang isteri dalam percubaan membunuh diri, cuba terjun dari tingkat 3 sebuah bangunan semata2 sbb gaduh dgn suami melalui SMS

daripada ketiga2 kes di atas, semua melibatkan seorang PEREMPUAN.
apa lagi nak di kata?

Monday, June 29, 2009

MAXIS SUCKS!!!!!

MAXIS SUCKS...THATS ALL I WANNA SAY..
I JUST BOUGHT MAXIS BROADBAND LAST THURSDAY, AND UNTIL TODAY, THEY HAVENT REGISTER MY ACCOUNT YET DUE TO UNKNOWN OUTSTANDING BALANCE.
WHEN I CHECK WITH MAXIS CENTRE, THEY SAID NO PROBLEMS TO REGISTER.
WHEN I CALL THE AGENT, THEY SAID THEY CHECK WITH CENTRE, THERE IS RM7.34 OUTSTANDING TO BE CLEAR OFF FIRST.
WHAT??
RM7.34 PUNYA HUTANG MENYEBABKAN AKU XLEH REGISTER BROADBAND? INGATKAN HUTANG RM734 KE..RM7340 KE..HAMPEH SUKUN LUAR PAGAR BETUL LER..!!
PASTUH DRPD HARI KHAMIS AKU BELI BROADBAND TU DIA X BGTAU, SMPAI HARINI BILA AKU TEPON KEDAI TANYA KNP X REGISTER LAGI, DIORG KATA ADA HUTANG RM7.34. KENAPA LA AWAL2 X CHECK, PASTU X TEPON AKU BGTAU ADA HUTANG, SETAKAT RM7.34 TUH AKU BOLEH BAYAR 10 KALI LER..
NIH AKU DOK ULANG ALIK CALL KNP XLEH ACCESS LAGI, BALIK2 KEDAI TENDANG KE CENTRE, CENTRE TENDANG KE KEDAI. ADA YANG DUA2 KENA TENDANG DGN AKU NIHS..HUH MARAH BETUL LA

SO KESIMPULANNYA, PETANG INI JUGAK AKU AKAN KE KEDAI TUH, PULANGKAN BALIK BROADBAND DIA, MINTAK BALIK RM100 DEPOSIT AKU, THEN AKU TERUS KE CELCOM CENTRE UNTUK TUKAR LINE MAXIS AKU KE CELCOM, THEN AMIK BROADBAND CELCOM. PUAS HATI AKU. BIAR PADAN MUKA MAXIS HILANG SATU LOYAL CUSTOMER MCM AKU.

KEPADA READERS YANG BERHAJAT NK AMIK MAXIS BROADBAND, HENTIKANLAH NIAT ANDA ITU.

(DAHLA AKU DAH ANNOUNCE SATU FACEBOOK AKU DAH ADA MAXIS BROADBAND, HUH, TERPAKSA TARIK BALIK PENGUMUMAN)

Monday, June 22, 2009

i found something..

I've found something as a birthday gift to my self.
I've found it during my visit to Singapore last week.
I've already bought it.
It's 50% sales, and i think it's really something worthwhile.
Huhu..few hundreds dollars flew out off my purse..but it's ok..u're not celebrating birthday every month are you? ;-P

Wednesday, June 17, 2009

what i want for my upcoming birthday

my 29th birthday is just around the corner.

In case my hubby read this entry, i want few things for my birthday:


1) Fine and quiet dinner, just the two of us, at any place ive never been, doesnt matter western or eastern food..just bring me to dinner please..


2) A birthday card or a birthday wish at least..or..a bouquet of roses?? how romantic..


3) Small yet precious bday present..the smaller the box, the better..hihi..(size 9 please..)


4) If possible, i want to spend the whole day dating with hubby (like we used to do when we were dating last time). So pagi2 hantar afni ke baby sitter, then we go breakfast at kopitiam, then we go to shopping mall for movies+shopping+jalan2..then petang sket amik afni from baby sitter's house, kita jalan2 kat tasik ke, taman bunga ke..pastu hantar afni rumah nenek, kita kuar balik for our dinner..ok tak??


huhu..ok, lets see..which one of those four yang akan berlaku during my birthday nanti..kalau keempat2 berlaku lagi bagus..haha..kalau satu pun x berlaku siap laa..


im not demanding too much kan? i just demand for whatever i think appropriate and some treats that i deserve..bukan selalu sambut birthday pun..and dgn cara mengingati birthday ni lah kita dapat mengukuhkan lagi hubungan suami isteri tu..kasih sayang tuh harus dipupuk dan dibaja setiap masa..and in order to do that, we have to put some efforts..kalau suami terlupa, kita selamba jer ingatkan..dont expect that hubby will remember all the details about us..masa bercinta tuh mmg jangan dibandingkan..tiap2 bulan rasa macam sambut birthday sbb kena pampered setiap masa..kan..? haha


hmm..tahun lepas celebrate kat mana eh..owh..cameron highlands..




Thursday, June 11, 2009

afni latest pict






















I AM UNDER PRESSURE..

Being in the company under microscope wouldn't make you happy, even though you get good paycheck every month. Why im saying 'company under microscope' ? Because now we've been put under probation period until next June 2010 to prove that we're still relevant to this business.


No one will understand the scenario we're facing better than us. To be exact, the 5 of us. Can u imagine how small this company with only 5 management staff (executive level) and 13 operational staff (2 clerks + 11 technicians)? Yet we're running a company which covers 12% out of total market size of 26 Mil worldwide.


I'm not blaming on the economic downturn, but the challenges we're facing right now mostly on strategic and operational. Too many action plans have been carried out, yet the results are still not satisfactory. After nearly 7 years giving my service to this company, i've seen a lot of ups and downs along the way. Once, the production ahead of marketing (stock high,sales low). Now, the situation is totally reverse- marketing ahead of production (sales high but production low). I'm in-charged of production, so i'm the one who is under pressure now..uhhuhu

Despite the above pressure, i still can take my own sweet time to update my blog, kan? Sungguh x patut..ok sakinah, BACK TO WORK!!!!!!!!!!!!!!!!!!! DO WHAT YOU HAVE TO DO!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, June 10, 2009

how i spent my 8 hours in the office today:

7.30 am -i step into office as 2nd earliest person after Kak Lin
8.30 am -breakfast, chit chat,gossip..
9.00am - masuk plant kejap, meninjau problems -thermal oil boiler x settle lagi,
kena deal dgn electrician to check on the electrical/control system,
kalau x boleh dpt solution,kena communicate dgn supplier
dari india lah pulak..huhu
11.00am - turun office, check email, surf internet, editing my blog,
1.00pm - lunch
2.00pm -medical claim, answering customer's questionnaires
3.00pm to 5.00pm - fully buang masa editing my blog, tukar layout design, add in
ntah hapa2, tukar itu, tukar ini, add in then delete, bla..bla..
6.00pm - writing this entry and prepare to go back.

terrer tak? rasa mcm keje gomen pun ada. (org gomen jgn marah).


Tapi harini mmg xde semangat giler nk keje, tambah plak plant shut down sbb boiler xleh jalan. susah betul kalu deal dgn Indian supplier nih, kalu machine breakdown susah sgt nk source locally. System depa pun cacamarba, x standard mcm sytem lain. Kena solve the problems based on theory in the manual they gave us. Kalau berjaya, oklah. Kalau x berjaya kenalah tunggu kol 11 untuk call depa ke, email apa2 yang patut ke..huhuhu, dengan planning untuk production pon dah tersekat kalau ada problem2 mcm ni..tu yang lemah semangat tu..


diam x diam, dah dekat 7 tahun jugak la mama keje mcm ni, kalau ikutkan penat badan dan otak la keje mcm ni..tapi nk buat mcmana...setakat ni ini jelah rezeki dan kerjaya terbaik untuk mama..malas pulak nk cari2 keje tmpat lain, dengan status ibu anak satu, sure majikan pun pikir 2,3 kali jugak nk amik..baik depa hire single woman yang xde commitment, yang sanggup dedicate most of their time to work..( i used to be one of them masa bujang2 dulu..huhu)


my working trend pun banyak dah berubah..kalau dulu bujang2 datang je pagi mesti masuk plant dulu check on production, tapi skang hampehs..duduk kat opis tu tepon jer..
"Plant jalan apa skang? Apa status? Any problems?"pemalas giler nk naik.. kalau plant run smooth dan ikut planning, so x payah nk risau sangat la..kalau ada problems depa akan bgtau cepat2..

nak panjat2 pun aku dah malas skang..zaman tu dah berlalu..dulu yerlah, semangat nk belajar lagi, nak prove my self to my boss and technicians yang semuanya memang lelaki ..skang x payah susah2..diorg pun tau kita org lama..so diorg pun agak2 leh respect la..leh dengar arahan, leh dengar cakap and x banyak karenah..so keje pun smooth and ikut planning..tu je yang penting..

so skang dah nak dekat kol 6.30..i better leave..nanti my darling afni tertanya2 pulak..
"kenapa mama lambat sgt amik aku nih.."..huhu

Tuesday, June 9, 2009

afni tido pegang senduk...


tak tau apa yang dia mimpi semalam, tapi dia tengah merengek nk minum susu..oleh sebab dia xmau duduk bawah, mama kena dokong dia sambil buat susu. Masuk jer dapur, dia nampak pulak senduk kayu tu. Merengek2 la hendakkan senduk kayu tu. mama pun bg je lah, malas nak dengar dia merengek lama2.
Lepas tu bila mama dah siap buat susu, masuk la dalam bilik nk tidokan dia. Nak masukkan dia dlm buai, dia still xnak lepaskan senduk kayu tu. Padahal tgn kanan dia tengah pegang bantal, kat mulut ada botol susu , dia tetap nk bawak senduk kayu tu masuk buai. Bila mama amik senduk tu dr tngan dia, beriye dia menangis. So mama pun biar je lah dia nk bwk tido senduk kayu tu..hishh..mcm2 ragam la afni nih..Last2, susu pun dah hbis minum, mata pun dah pejam, tapi tangan dia tetap x lepas senduk kayu tuh..huhu..

Monday, June 8, 2009

me and my hubby..


saja jer rasa nk upload gambar hubby..this is my dearest hubby, gambar ni amik masa Arabian nite dinner yg lepas. Sebenarnya dia amat tidak suka bergambar, tapi nk buat mcmana, kena paksa..huhu
yup, mmg my hubby agak kekurangan ketinggian drpd myself, tapi org kata murah rezeki..ye kot..Alhamdulillah lepas kawin, xlama terus dapat baby, lepas tuh we managed to buy our dream house..cuma nk tukar kereta jer belum ada rezeki lagi, mungkin kena tunggu kereta hubby hbis bayar kot, so bleh trade in my car yg dah x berapa nk elok tuh..huhu
blog nih confirm hubby x baca punya sbb kat ofis dia internet sgt limited, kat rumah kitorg pulak x install2 lagik, ntah bila la agaknya..lagipun dia mmg x suka nk layan benda2 remeh mcm ni, lebih baik dia bertukang ke, berkebun, atau memggodek kereta ker..
apa lagi nk tulis? how i'm feeling towards him? oh sorry..i dont need to express it here..i have my very own and privacy way to let him know..huhuhu..
caloo..

monday blues...

monday morning..i'm still in front of my lappy, thinking what im going to do for the next 8 hours. A part from work, i cant stop thinking about my little sunshine, Afni.

Yesterday, her gum was bleeding twice. I dont know where the blood came from, there was no bruise or any abnormality at her gum, except for the color is extra red. Since i was busy helping my cousins on her wedding, so i did'nt think about it too much.

When we were back at home on Saturday night, suddenly Afni was crying. She threw her bottle away. She refuse to continue drinking her milk. I went and check on her, my goodness..her gum was bleeding again? ooo...what now..??

Thursday, June 4, 2009

afni oh afni

malam tadi mmg mama xleh tido nyenyak, padahal dah telan ubat selsema yang mengantukkan tu. Sebabnya? Afni pun selsema, berkahak..dan dia pun meragam sbb rimas tekak dia berkahak. Mungkin dia nk bernafas pun susah, nk minum susu pun susah, semua serba x kena.

mula2 dia merengek biasa2 jer, golek sana, golek sini. Mama bancuhkan dia susu, dia minum. Pastu dia merengek lagi, kalinih ngis terus kuat2, sambil tu terbatuk2 kecil. Tiba2 terus "uwekkk!!!" ha, amik kau, afni muntah atas katil mama. Ayah yg tadi dah agak2 lelap terus terbangun, angkat kepala afni cepat2 sbb takut dia tertelan muntah sendiri.

aduss...masuk nih dah 3 malam berturut2 mama kena cuci tilam, tukar cadar sbb afni muntah. Masalahnya afni x nak tido kat tilam dia, dia nk menyelit jugak antara mama dgn ayah. Tambah pulak dia x sihat sejak isnin lepas, tu yg asyik muntah je tu. Sian afni..tengah2 malam kena bilas dgn air sbb hbis badan dia kena muntah, smpai rambut dgn telinga pun kena. Dahla selsema, kena mandi lagi tgh2 malam, hbis nk buat mcmana, xkan nak biar dia tido berbau muntah?

sambil mama mandikan afni, ayah tolong mama cuci tilam, terbalikkan tilam dan pasang cadar baru. nasib baik x kena bantal.terhuyung hayang kepala mama kesan ubat selsema tadi. tapi tahan jelah, nk buat mcmana..afni lagi kesian..huhu

kenapa lah afni sgt senang kena demam and selsema eh? harituh demam dah habiskan antibiotik,pastuh bg dia makan vitamin, scotts emulsion lagi..cuma afni x suka makan..susah sgt nk bg dia makan..mcmana nk besar dgn sihat ni..huhu..mama tgk baby org lain sihat, montel jer..baby mama kurus kecik jer..

hmm xpelah, mama akan berusaha lebih lagi untuk jaga afni elok2. Xkisah la badan dia kecik dr orang lain, janji dia sihat,bijak dan ceria mama and ayah dah cukup happy..

Monday, June 1, 2009

afni's progress after 1 year and 5 months old

Dah lama x tulis pasal Afni, anak kesayangan mama tu. Makin bijak sekarang ni, dah macam2 pandai dah. kadang2 x larat nk layan. Bukan setakat aktif melompat sana-sini, mulut dia mcm bertih goreng tu yg x tahan tu. Macam2 dia cakap tapi kadang2 sampai x paham apa dia cuba sampaikan sbnrnya.

antara words yang dia dah pandai sebut dgn betul:
1.mama
2. ayah.
3.atuk
4.nenek
5. ateh (makteh)
6. ashu (maksu)
7.pashik (pak cik)
8. jaja (makcik dia yg bernama jaja)
9. tatak (kakak)
10. abam (abang)
11. mamam (makan)
12. num (minum)
13. air
14. jatuh (jatuh)
15. dotom (dokong)
16. nak
17. nanak (x nak)
18. bobob (merujuk kepada sponge bob ataupun segala anak patung yg dia nampak)
19. ayam
20. tik (itik ataupun papan tanda iklan digi yg kaler kuning tu)
21. pish (fish ataupun tanda peace)
22. wai (buai)
23. tom (jom, kalau dia nak ajak gi mana2)
24. yak (kalau dia be**k)
25. amin (kalau dia dgr azan atau nmpak org solat)
26. ani (merujuk kpd anak buah dia yg bernama hani)
27. pok (suruh pukul lantai kalau dia jatuh)
28. ban (merujuk kepada bantal busuk dia)
29. shushu (susu)
30. pin ( upin ipin, katun faveret dia)
31. heyo (hello?)
32. opah ( opah dlm katun upin ipin)

Wednesday, May 27, 2009

DIARI SEORANG LELAKI - OGOS 1998

18 Ogos 1998

Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku duduk kat UTM nih. Cepat jugak masa berlalu. Kelas pun dah start, dgn sukan kolej yg nk mula dah, dengan program bulan kemerdekaan pekejadah ntah. Haritu baru jer minggu haluan siswa, pastu orientasi kat fakulti pulak, mcm2 hal la kat sini, mcmana nak blaja ni??

Dan dalam masa sebulan lebih ni jugak baru sekali aku tepon mak, tu pun mintak duit. Kalau boleh aku xnak mintak duit depa ni, tapi nak buat mcmana biasiswa lambat plak masuk. Kalau setakat makan tu aku xde hal, tapi nk kena beli bukula, photocopy ntah hapa2 ntah la. Skang ni pulak aku kena support duit minyak kongsi dgn si Abun. Ntah mana dia dapat moto kapchai, konon2 dia dah dapatkan transport so aku kena tuang minyakla. Tapi ok jugak la, at least aku x payah la berebut2 naik bas nak gi kuliah. Apa barang naik bas?? Nak menunggu satu hal, pastu nak terkejar2 berebut lagi, tu belum kena berdiri lagik agak2 20 minit nk sampai fakulti. Nasib baik jugak la kolej aku semua lelaki, kalau ada pompuan mmg aku bertambah malas la nak berebut dengan mereka. Maklumla, mereka kan kaum yang lemah, yang patut dihormati dan dijaga sebaik mungkin..urgh, xkuasa aku nk memikirkan.

Jam kat tgn aku nih sekarang menunjukkan pukul 1.00 tengahari, sharp. Dan aku sedang melanguk kat CP (centre point) ni menunggu si Abun pergi menjemput si Kori dari fakulti Kimia. Antara aku, Abun, Kori dgn Macha kira Kori yang paling pandai sekali. Aggregate dia masa SPM haritu 9. Selepas tuh aku dgn Abun (12), last sekali macha (18). Aku dgn Abun amik civil, Kori amik chemical engineering,si Macha amik Comp science. Kitorg berempat nih kira rakan sekampung, tapi lain2 sekolah. Si Kori budak MRSM, nun jauh kat perlis. Tapi kalau balik cuti mesti lepak dgn kitorang. Si Macha pulak sekolah depan rumah aku jer kat kampung tu. Aku dgn Abun, macam kembar. Dari sekolah rendah sama2, sekolah menengah rendah pun sama, tapi sekolah menengah tinggi aku dapat masuk teknik, dia tinggal la kat sekolah lama aku tu sampai form 5. Dan kebetulan pulak kitorg berempat dapat masuk UTM (sebenarnya sama2 merancang nk lari jauh dr kampung, hehe..). Sebenarnya antara ramai2 makhluk kat kampung tu mmg kitorg berempat jer yang ada tokoh jadi pemuda harapan bangsa..haha. yang lain? Entahla..ada yang berbakat jadi doktor..tapi inject tangan sendiri la..

Tengah aku mengelamun tunggu si dajal dua ekor tu, aku nampak sekumpulan budak pompuan masuk ke area CP tu. Waktu tu pulak mmg waktu lunch, so berbondong2 la manusia masuk ke situ untuk makan tengahari. Selalunya aku xkisah sangat pasal budak pompuan nih, ada xpe xde pun xpe. Tapi tengahari tu tetiba aku rasa mcm nk husya awek pulak. Mungkin sbb aku kebosanan menunggu sorang2 kat situ. Sbb tu mata aku nih tersinggah plak kat salah seorang budak pompuan yang masuk dgn group dia sekejap tadi.

Antara 5 orang, dia sorang x pakai tudung. So of course la dia yang paling menonjol kat situ. Boleh tahan lawa jugak. Nampak gaya macam first year jugak mcm aku. Aku husya jer awek tu. Dia pakai baju kurung,sopan. Tapi masalahnya dia x pakai tudung. Mak aku dah sound awal2 dia nk menantu yg tutup aurat. Macamana ni??

Aku husya baik punya awek tu. Tapi dari jauh je la. Nak suruh aku bangun pegi tegur dia terus? Jangan harap! Aku bukan mat romeo, bukan mat bunga apa lagi mat buaya. Aku bab pompuan nih memang payah sikit, eh bukan sikit banyak jugak la. Berat sgt mulut aku nih nak tegur pompuan. Satu2 nya pompuan yang aku tegur sepanjang sebulan lebih kat UTM nih ialah mak guard. Tu pun sbb dia kerek giler dgn aku, dia tegur aku cakap budak 1st year mana boleh bawak transport? Aku cakap balik kat dia, buku lali aku terseliuh, so pinjam moto senior kejap..huh!

Dengan pompuan2 lain, terutama budak coursemate aku..setakat nih belum ada sorang pun yang aku tegur mahupun yang menegur aku. Xde kepentingan kut. Lagipun aku rasa selesa macam ni, hidup tanpa perempuan. Bukan kata aku nih anti pompuan, xle..aku ada hati jugak, yang penting ada nafsu kat pompuan..tapi buat masa ni aku rasa leceh la kalu aku berkawan dgn pompuan. So baik aku buat hal sendiri dgn kwn2 aku yg dah tentu sekepala dgn aku.

Masa sekolah pun aku jarang la berkawan dgn budak pompuan, tapi aku heran ada jugak budak pompuan yang berani approached aku. Giler ah! Tapi dalam hati tu bangga la jugak. Dalam selekeh dan x hensem aku nih ada jugak pompuan minat. Siap bagi coklat la, bagi dedication la..aku apa lagi, setiap kali dapat benda2 tuh aku akan share satu dorm. Biar padan muka pompuan tu, sapa suruh dia membazir duit bagi kat aku?

Berbalik kepada cerita awek x pakai tudung yang aku husya tadi, dalam pada aku berangan tu tetiba dia dah duduk kat meja depan aku. Gulp! Dia ni macam tau2 jer aku tengah husya dia. Kawan2 dia yang lain sumer pun dah amik tempat duduk masing2. Biasalah, area CP nih memang crowded kalau waktu lunch. Aku tengok awek tadi tu mula la control cun, muka pun dah start merah2 dah. Tapi bila tengok dekat2 memang cun la, kulit bersih, mata besar, rambut lurus hitam keperang2an sikit, kening tebal macam kening arab, hidung sederhana mancung..huh sempat jugak aku scan muka dia.

“Hoi! Husya awek baik punya!!” sergah Kori, tiba-tiba. Nak tercabut jantung aku bila kena sergah dari belakang macam tu. Siut betul budak sekor nih. Malu aku depan awek tu. Nampak sgt aku mmg tengah dok husya dia. Awek tu dah tersipu2, confirm dia dan kawan2 dia dengar apa si Kori jerit kejap tadi. Aku tengok kawan2 dia dah start siku-menyiku antara satu sama lain.

“Cibai lu, dah la lembab mcm siput babi, buat kecoh plak..” aku melepaskan geram kat si Kori. Nak je aku hempuk dia dengan helmet kat atas meja nih. Kori tersengih2, si Abun pun sama.

“Relax la John, tau la lu sangap..nak gua tolong mintakkan no telefon ke? Hahaha“ si Abun pulak menokok tambah. Aku dah la lapar, mendidih pulak tu tunggu diorg berdua, diorang boleh sedap2 mengenakan aku pulak. Memang nak makan selipar diorang ni.
Dalam aku geram2 kat diorg tu sempat jugak aku menjeling kat awek depan aku tadi. Aku tengok dia masih malu2 lagi, sampai nk makan pun macam dah x keruan. Ekelleh..tu la pompuan, baru kena usik sikit dah perasan..nih yang x jadi nak mengurat nih. Nih kalau bebudak dua ekor tuh mintak no telefon, harus dapat on the spot nih.

“ Dah jom makan, lu bayar!“ aku terus bangun menuju ke kaunter lauk tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Perut aku dah mula berkeroncong dangdut nih. Jam dah pukul 1.30, jap lagi kol 2 dah ada kelas lagi. Memang buang masa aku jer budak setan 2 ekor tuh. Hmm, nasib baik lauk ada banyak lagi. Asam pedas, yes my favourite..(aku amik kuah dia jer, ikan pari x mampu nk bayar),lepas tuh cendawan goreng dengan telur dadar. Cukup lah. Air pun minum air kosong jer. Free.

Dah setel amik lauk pauk yang berharga RM2.30,aku terus cakap kat abang cashier tu yg Kori akan bayar bagi pihak aku. Selamba jer aku tunjuk ke arah Kori yang baru terhegeh2 nak amik lauk. Kalau dia xnak bayar aku bakar helmet dia. Lepas tu aku pun terus pusing nk cepat duduk dan makan. Tiba-tiba..

“ Mak!!!”

Tuesday, May 26, 2009

DIARI SEORANG LELAKI -julai 1998

2 Julai 1998

Hari pertama melangkah ke alam kampus, huh..bangga giler. Xde orang yang lebih bangga drpada lelaki bernama Muhammad Adam Bin Muhammad nih..ingat senang ke nak masuk U? Dahla belaja x berapa nak rajin, keputusan pulak x berapa cemerlang (walaupun pangkat 1 dan aggregate bawah 15-eh kira terrer la jugak). Kira dapat surat tawaran masuk UTM haritu pencapaian terbesar aku la setakat nih. Bukan selalu aku buat mak abah aku bangga selama nih, maklumla anak lelaki bongsu..makan tidur jer kerjanya kat rumah..
3 bulan cuti tunggu result SPM aku asyik berkepit dgn gitar buruk aku ke sana ke mari, bukan nk cari kerja sambilan ke..paling kuat pun aku tolong2 apa yg patut kat kedai runcit pakcik aku, xpun aku tolong jaga anak2 sedara aku masa kakak dan abang aku gi outstation.

Kalau ikutkan harinih aku nak bawak satu beg, dan angkut gitar buruk aku tu ke JB naik moto konvoi dengan Kori,Macha dan Abun. Tapi malangnya mak aku menangis-nangis nak hantar aku ke sini. Siap buat kenduri doa selamat sebelum kami (aku,mak,abah,kak long, abang ngah dan nenek) beramai-ramai membelah highway utara-selatan menuju ke JB. Malu siol..anak lelaki bongsu masuk U, mak abah hantar siap bawak sedara mara sampai 2,3 kereta..mampus aku kena gelak dgn Abun. Abun yelah, dia anak yatim piatu, menumpang kasih dgn makcik dia, so dia datang JB solo jer naik bas. Kori dengan Macha pun mak abah diorang hantar jugak, tapi xdelah angkut satu family. Huh, nak buat mcmana ikut kan je lah..

“Huh buruknya asrama pak su..” tegur Nina, anak buah aku yang paling besar sekali. Eh budak ni, umur baru setahun jagung pandai pulak komplen. Aku mula memerhatikan deretan bangunan kolej sekeliling aku. Hmm, betul jugak budak ni cakap..buruk giler bangunan nih. Nih ke tempat aku nk tidur selama 4 atau 5 tahun seterusnya? Urghh..mak, tolong Adam mak..

„Apa nama kolej kau ni Adam?“ tanya mak. Agaknya dia pun risau tengok keadaan bangunan yang dah berkerak dengan lumut tu. Maklumla selama 18 tahun mak membesarkan aku dalam keadaan yang selesa, rumah teres 4 bilik sederhana besar dengan setiap orang dapat bilik tidur masing-masing (walaupun sebenarnya umur aku 8 tahun baru aku pisah tempat tidur dgn mak).

“Kolej Siswa Desa Skudai mak,“

“ Panjangnya nama, si Abun dengan Macha pun duduk sini ke nanti?“ mak tanya lagi. Risau la tu, confirm.

“Si Abun dagn Kori iyer, si Macha tempat lain..“malas pulak aku nak layan kerisauan mak. Abah macam biasa, tak banyak cakap. Kak Long dengan abg Man sibuk melayan anak kembar diorang. Abang ngah mcm biasa, buat muka berlagak sambil meninjau-ninjau keadaan sekitar. Aku tahu dia mesti nak membandingkan kolej aku dengan kolej swasta dia tu. Aku memang x ngam sikit dgn abang aku yg sorg ni, sbb dari dulu lagi dia suka dengki dengan aku, aku pun tak tau kenapa? Dahla dia suka menyusahkan mak abah aku, elok2 belaja kat UITM dia quit pulak..konon xsesuai dengan jiwa dia..tu yang tercampak kat kolej swasta kat PJ tuh. Dah la yuran sikit punya mahal, kopak mak abah nak membayarnya. Nasib baik mak abah kerja lagi. Tapi abah dah nak bersara tahun depan, sapa plak nak sara aku? Nenek? Hehe, boleh jugak, aku cucu kesayangan nenek. Dari dulu sampai sekarang nenek xpernah lupa bagi aku duit raya. Paling sikit nenek akan bagi RM10. Paling banyak x usah cakap la, RM100 , 200 tu dah biasa dah..haha

Ni masa dapat tahu aku dapat masuk UTM nih nenek awal2 dah bagitau

“Mah, kalau x cukup duit bayar sekolah si Adam aku boleh bagi..kebun yang kat Jeram tuh banyak buah dier..” kata nenek, merujuk kepada kebun kelapa sawit peninggalan arwah atuk yang dah dipajakkan kat Pak Lang kat kampung. Selamba nenek jer bagitau orang yang dia tu banyak duit. Abang ngah aku tu kalu dengar harus tarik muka 44. Dahla adik beradik abah yang lain semua perempuan, abah dengan paklang jer lelaki, and abah anak sulung, dah tentu kebun tu nanti akan diwarisi oleh abah. Oleh sebab kak long dah kawin dgn anak orang kaya, so dia x kisah sgt la. Tinggal lagi abang ngah aku yang x sedar diri tu. Aku rasa aku tau kenapa dia dengki sgt dgn aku, dia takut semua harta nenek akan jatuh ke tangan aku satu hari nanti. Aku rasa lah..

“Masak la ko duduk sini, jangan seminggu je nak balik sudah la“ celah Abang ngah tiba2. Tengok..? Betul tak aku cakap? Dia memang xpernah bagi semangat kat aku. Tau dia nk condemn aku jer. Aku malas nak layan dia, baik aku buat dunno jer. Makin aku lawan kang makin galak dia condemn aku. Sebab tu la aku pilih UTM untuk lima2 pilihan masa isi borang UPU. Aku memang nak duduk jauh2 dari dia, aku malas nak mengadap muka dia. Dulu aku ingat lagi mak sampai menangis2 sbb aku gaduh dgn abang ngah masa kenduri kawin kak long. Kalau boleh aku xnak la benda tu jadi lagi, aku xnk buat mak menangis lagi, so baik aku jauhkan diri dari mangkuk ayun tu.

So cukupla kot citer pasal dia. Kak Long aku ok, sempoi..kalau aku xde duit aku boleh pau dia..maklumla dia kawin dgn anak Dato’,dah rezeki dan jodoh dia. Yelah, kak long aku tuh boleh kata cun la, pandai pulak tu, belaja oversea..tu yang boleh jumpa abg Man tu, belum sempat habis blaja lagi dah sibuk nak kawin. Si Nina anak diorg yang sulung tu lahir kat Australia la tu, skang umur pun dah masuk 7 tahun, dah sekolah darjah 1. Nasib baik pandai cakap melayu.. Lepas tuh 2 tahun lepas kak long dgn abg Man dapat plak anak kembar lelaki yang dinamakan Faris dgn Farhan.

Kesimpulannya, semua ahli keluarga aku ada pada hari yang bersejarah ni. Walaupun mula2 aku malu sbb diorg semua hantar aku, tapi jauh kat hati kecil aku, aku rasa terharu sbb diorg sudi luangkan masa nak kongsi kegembiraan aku dapat masuk U (walaupun belum tentu aku grad dgn jayanya). Nenek yang sakit2 kaki bertongkat pun nak ikut jugak. Huhu, mmg terharu tapi xde la sampai nak menangis masa depa nak balik. Aku bukan budak kecik lagi, aku dah 18 tahun beb. Tapi aku ingatla pesanan2 diorg sebelum balik..

“ Belaja elok2, jangan lupa sembahyang..” pesan abah. Pendek tapi jelas, macam biasa.

“ Belaja rajin2, mana tau bleh sambung master kat oversea..” pesan Abg Man. Ler, aku baru nak start degree dia dah ckp pasal master?

“ Dam, study smart, cari awek cun-cun sikit..” pesan kak long pulak sambil tersengih2. Ni lagi sorang. Apa kes bagi pesanan sedemikian rupa? Ingat aku masuk U ni nak cari awek cun ke?

“Bro, chow” kata Abang Ngah. Tu je pesanan kau? Huh memang hampeh.

“Adam, kalau xde duit telefon abah kau, kalau abah xde duit nanti abah mintak dengan nenek, duit yang ada tu jimat2 sikit, jangan habis ke rokok je..bibir kau tu dah naik biru dah..“ pesan nenek pulak. Aduss..nenek ni pun satu, jgnla sebut bab rokok depan mak abah..bocor rahsia aku.

“Ha, Adam. Dengar tu apa nenek pesan. Berenti merokok tu sebelum ketagih. Kang blaja kemana,sakit plak datang. Belaja betul2, buat sehabis baik, pointer bagi cemerlang, baru boleh keje bagus. Jangan nak berangan cari makwe pulak. Jangan nak merewang sana sini, jangan ponteng kelas..bla..bla..bla...“ pesan mak pulak. Panjang giler syarahan mak sampai aku dah xboleh ingat apa dia pesan. Aku cuma angguk2 jer dgn harapan mak akan berenti bercakap.

Lepas habis sessi pesanan dan syarahan, mereka semua berangkat pulang, meninggalkan aku di kolej baru yang agak usang, untuk aku memulakan perjuangan sebagai mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia..owh, aku amik course apa? Aku amik course engineering yang aku rasa paling senang la- Civil Engineering. Walaupun aku rasa lega sbb family aku dah berangkat pulang, tapi dalam hati ada rasa berdebar2 jugak. Boleh ke aku blaja dgn baik ni? Boleh ke aku grad nanti? Apa yang menanti utk aku esok hari?

Tiba-tiba rasa keseorangan pulak..huuu..xpe2, nanti aku cari Kori dan Abun. Ada budak berdua tuh dunia aku dah x sunyi lagi dah..hmm lega..



-adam-

ustaz vs artis?

hmm..xtau mcmana nk cakap..tapi terbaca dalam Harian Metro semalam pasal pergolakan rumah tangga antara ustaz A dengan isterinya, kesian si isteri yang setia tu..tak pasal2 dia terkena tempias dek populariti suaminya yg bergelar ikon sebuah stesen TV swasta..

saya tak paham la kenapa mereka sanggup buat mcm tu? dgn imej yg dipaparkan oleh kedua2 pihak, mereka sepatutnya lebih arif menjaga peribadi mereka drpd fitnah, tapi nmpaknya mereka yg membenarkan dan mengundang fitnah itu datang kepada mereka..

mungkin pihak akhbar yg suka mengembar-gemburkan cerita untuk menjadikannya lebih sensasi dan kontroversi, tapi bila mendengar kenyataan si isteri, timbul persoalan di hati.."siapa yang bercakap benar sekarang?" xkanlah seorg isteri sanggup nk memburuk2kan suami sendiri dgn membuka pekung di dada akhbar, tapi cuba fahami perasaan beliau, suaminya digossipkan dgn seorg artis yang bertudung litup, dgn bukti beberapa keping gambar, dan suaminya sendiri tidak pernah memberikan penjelasan kepadanya. adilkah itu?

yang membuatkan saya lebih terkejut, si isteri mengakui yang si suami ada meminta izin untuk beliau bernikah dgn si pihak ketiga,walhal dalam sidang akhbar mereka bermati-matian menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa..mcmana tu? kita pun susah nk percaya kalau2 si ustaz bercakap bohong..

pendapat saya, tak salah kalau si ustaz nk bernikah dua, sbb dgn ilmu agamanya insyaAllah beliau mampu bersikap adil, tapi cara mereka tu tak kena..kalau awal2 lagi mereka mengaku ada hubungan dan cepat2 bernikah mesti xde fitnah yg melanda..ni siap tgk wayang la, lepak tepi pantai la, apa perasaan seorg isteri agaknya bila tgk gambar2 tu semua kat akhbar? apa nk jawab dgn saudara mara? dgn jiran sekeliling? si isteri dgn redha dah bgtau dia izinkan si suami kalau nk bernikah lain, tapi si suami mengambil pendekatan berbeza, main tarik tali dgn media tanpa mempedulikan kesan perbuatannya kepada isteri dan anak2beliau..

sungguh kesian..maafla, tapi saya rasa dah kurang sikit rasa hormat saya kepada mereka berdua itu..dan rasa mcm xnak tgk lagi rancangan itu di Astro OAsis..huhu

Monday, May 25, 2009

testing testing

testing testing

huhu, finally i've created my own blog..senang jer rupanya..
i dont know why i wanna have one, maybe it's the trend now..everybody have their own, and i want to have mine too!
not really sure what im gonna write in here, maybe my daily routine, maybe my thoughts of the day, maybe my anger, my happiness.. or some old stories i wanna share with the readers..(ada readers ke??)

xpe2, later i will perah my otak to get some ideas for blogging. susah2 sgt letak jer few pictures, and comment sikit2..ok jugak tuh..